Pusat Tahfiz Anak Yatim Nur Ikhlas (Perempuan)

Pusat jagaan ini adalah sebuah pusat jagaan anak yatim tahfiz di Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang. Ia didaftarkan secara rasminya pada 2 Ogos 2010. Asal tujuan ia ditubuhkan khusus untuk mendidik dan membela nasib anak-anak yatim miskin dengan harapan mereka dapat menghadapi cabaran di masa akan datang.

Bermula 7 Julai 2013, Pusat Jagaan Anak Yatim Nur Ikhlas diberi nama baru iaitu Pusat Tahfiz & Anak Yatim Nur Ikhlas. Pentadbiran pusat jagaan ini telah diambilalih oleh Pertubuhan Baitul Aini bagi memastikan anak-anak yatim ini dididik mengikut Al-Quran dan Sunnah.

lagi


Perpindahan Asrama Tahfiz Anak Yatim Nur Ikhlas ke Kg. Setia, Kuang

Dimaklumkan mulai Mac 2014 asrama Nur Ikhlas telah dipindahkan ke kawasan belakang Pertubuhan Kebajikan Batul Aini Selangor yang beralamat PT 478, Lorong Setia 12, Kg. Setia, 48050 Kuang, Selangor. Ia bertujuan bagi mengurangkan kos perbelanjaan pusat ini.

Sementara itu, bangunan Nur Ikhlas yang sedia ada akan digunapakai oleh pusat kebajikan yang lain.

 

 

Pendaftaran Pelajar Tahfiz

Objektif pusat ini adalah untuk menghasilkan pelajar dan anak yatim yang berteraskan Al-Quran. Oleh itu, kami mempelawa mereka yang berminat untuk menyertai kami:

 

 

 

Gambar Petikan